suria

Polis Pertingkat Kawalan Keselamatan Pada Final Piala FA

KUALA TERENGGANU: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang laluan yang membabitkan perjalanan penyokong pasukan Terengganu dan Kelantan menjelang final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata antara laluan penting ialah Plaza Tol Bentong yang menjadi titik pertemuan penyokong kedua-dua pasukan itu.

"Arahan juga telah dikeluarkan kepada ketua polis daerah Bentong untuk menugaskan anggota mereka di beberapa laluan lain yang dianggap panas untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Salleh berkata polis juga akan berbincang dengan pihak yang berkenaan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia bagi memastikan keperluan keselamatan dapat ditampung dengan penugasan 2,430 anggota dan pegawai polis serta 400 anggota Rela.

Kalau perlu, jumlah itu akan ditambah, katanya yang berharap penyokong kedua-dua pasukan terbabit tidak membawa budaya samseng ke dalam stadium. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain