suria

Piala FA: Kelab Penyokong Ciber Kelate Sedia 10 Bas Ke Bukit Jalil

KOTA BAHARU: Kelab penyokong Ciber bola sepak 'Kelate.net' menyediakan 10 buah bas dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi untuk memberi sokongan moral kepada pemain Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.

Presidennya Mohd Khairi Yazid berkata bagi mempromosikan sokongan kelab terhadap pasukan Red Wariors, kelab itu akan memasang skrin gergasi di perkarangan Kompleks Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam malam Isnin.

Katanya jualan tiket secara terbuka juga akan dibuat kepada anggota kelab yang ingin menyaksikan perlawanan akhir itu.

Beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama syarikat Karangkraf, Kelab Perantau Ketereh dan Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Lembah Klang.

Mereka dijangka bergerak secara konvoi dari Kampung Medan, Petaling Jaya hingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil, katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Mohd Khairi berkata inisiatif itu diadakan untuk menunjukkan komitmen kelab terhadap semangat kesukanan terutama melibatkan perlawanan berprestij antara pasukan Pantai Timur itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain