suria

Sukma: 'Harimau Selatan' Teruskan Penguasaan

KUALA LUMPUR: Johor terus mendominasi kutipan pingat dengan menambah lima emas pada hari ketiga temasya Sukan Malaysia ke-14 di sekitar Lembah Klang, Sabtu.

Kontinjen yang terkenal dengan nama jolokan 'Harimau Selatan' itu secara keseluruhan berjaya mengumpul sembilan pingat emas, enam perak dan satu gangsa setakat ini.

Johor juga meraih enam pingat perak dan satu gangsa pada Sabtu.

Acara judo menjadi penyumbang utama dalam pungutan pingat apabila tiga pingat emas dimenangi menerusi Muhd Syaiful Mohd Zain (Lelaki Bawah 60kg), Chong Wei Fu (Lelaki Bawah 66kg) dan Fara Aida Sofia Ali (Wanita Bawah 45kg).

Dua lagi pingat emas Johor disumbangkan masing-masing oleh Yu Peng Kean dari acara lawan pedang (Lelaki Individu Sabre) dan Ahmad Shafie Abdul Jabar dari acara kanu (kategori K1 500m Lelaki).

Terengganu berada di kududukan kedua setelah mengumpul sembilan pingat emas, empat perak dan satu gangsa.

Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan enam pingat emas, dua perak dan lima gangsa.

Sebanyak 23 pingat emas, 23 perak dan 37 gangsa ditawarkan pada hari keempat temasya esok iaitu lapan emas dalam acara judo, enam dalam acara kanu, empat dalam acara silambam, tiga dalam acara bina badan dan dua dalam acara lawan pedang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain