suria

Masalah Kesihatan, Houllier Letak Jawatan

GERARD Houllier (gambar) terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pengurus Aston Villa selepas sembilan bulan mengendalikan kelab Midlands itu selepas disahkan mengalami masalah jantung.

Ketua Eksekutif Villa, Paul Faulkner berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan Houllier sepanjang sembilan bulan mengendalikan skuad ini.

“Dia seorang yang dedikasi, berkeyakinan dan komitmen terhadap kariernya sangat tinggi. Biarpun kami sedih dengan keputusan ini, namun kami berharap dia akan sembuh secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu Hollier berkata, dia akan kembali ke padang selepas keadaannya sudah pulih tetapi agak terkilan kerana tidak dapat membimbing pasukan ini pada musim depan.

“keadaan saya tidak mengizinkan untuk meneruskan tugas ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya selama ini,” katanya.

Artikel Lain