Keputusan Untuk Kekalkan Owen Timbulkan Tanda Tanya Pada Nasib Berbatov - Sukan | mStar

Keputusan Untuk Kekalkan Owen Timbulkan Tanda Tanya Pada Nasib Berbatov

KEPUTUSAN Sir Alex Ferguson untuk melanjutkan kontrak bekas penyerang England, Michael Owen selama satu musim lagi meninggalkan seribu satu pertanyaan tentang masa depan penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris, Dimitar Berbatov.

Ramai penganalisa tidak memberi sebarang pengharapan langsung kepada Owen untuk terus kekal untuk semusim lagi di Old Trafford setelah kontrak dua tahunnya tamat.

Bagaimanapun apabila Owen dipilih untuk berada dalam barisan simpanan Manchester United pada perlawanan akhir Piala Juara-Juara Eropah Sabtu lalu, berbanding Berbatov, tiba-tiba sahaja masa hadapan penyerang dari Bulgaria itu kelihatan sangat kelam dan gelap.

Namun begitu, Berbatov, yang dibeli dengan hargar rekod £30.75 juta pada Ogos 2008 dari Tottenham Hotspurs, dilaporkan menafikan sebarang spekulasi yang mengatakan beliau telah membuat permohonan rasmi untuk bertukar kelab.

Sekiranya Berbatov terus kekal bersama United, ini bermakna pada musim 2011/12, juara Inggeris itu akan dibarisi lapan penyerang iaitu - Rooney, Javier Hernández, Danny Welbeck, Federico Macheda, Mame Biram Diouf, Bébé dan Owen.

Rooney sudah pastinya menjadi pilihan nombor satu Ferguson. Dan sekiranya Ferguson berhasrat untuk menggunakan formasi 4-4-2, siapakah yang bakal mengiringi Rooney di barisan hadapan?

Persaingannya sudah pastinya sangat sengit dengan Hernandez menjadi pesaing utama Berbatov. Tetapi pada masa yang sama, Danny Welbeck yang dipinjamkan ke Sunderland baru-baru ini telah kembali ke Old Trafford dengan reputasi yang tinggi.

Dia telah disebut oleh pengurus England, Fabio Capello sebagai penyerang masa hadapan England dan dilihat bakal menyerlah di United jika diberi peluang yang secukupnya oleh Ferguson.

Bagaimana pula dengan Macheda? Pemain muda dari Itali ini juga baru kembali dari pinjaman bersama kelab Sampdoria di mana dia telah menjaringkan beberapa gol penting.

Kesemua pemain muda United yang dipinjam keluar ke kelab lain untuk menimba pengalaman yang berharga telah kembali ke United dengan semangat dan azam yang berkobar-kobar untuk membuktikan bahawa pengalaman telah menjadikan mereka pemain yang lebih sempurna.

Dan kesemua mereka ingin mengisi satu lagi slot untuk bermain bersama-sama Rooney di barisan hadapan termasuklah Owen dan Berbatov.

Berbatov walaupun telah mencecah usia 30 tahun tetapi telah menjaringkan 22 gol. Manakala Owen cuma lima gol tetapi barang diingat beliau cuma berpeluang bermain sebanyak 17 perlawanan sahaja.

Yang menjadi misteri ialah, di sebalik kemampuan Berba menjaringkan gol namun Ferguson masih ragu-ragu dengan kemampuannya bila tiba perlawanan penting yang memerlukan sentuhan ajaibnya.

Kontrak Berbatov akan tamat pada tahun hadapan dan United yang biasanya akan membuat tawaran baru kepada mana-mana pemain yang baki kontraknya hanya tinggal satu musim sahaja lagi masih belum berbuat demikian kepada penyerang mereka itu.

"Saya akan terus kekal di United. Dan saya akan berjuang untuk merebut tempat kesebelasan utama. Dan saya akan terus berjuang untuk memperolehi pingat liga ke-20 bersama United," ujar Berbatov.

Ada yang berkata, keputusan Ferguson untuk terus mengekalkan Owen dalam skuad utama United musim depan adalah kerana keputusan Paul Scholes dan Edwin van der Sar serta Gary Neville untuk bersara.

Dan Ferguson juga dikatakan kagum dengan kesungguhan Owen ketika diberi peluang untuk beraksi sejak menyertai kelab itu dari Newcastle secara percuma pada 2009.

"Michael Owen masih mengekalkan reputasinya sebagai penjaring terhebat. Cuma malangnya dia tidak dapat beraksi dalam banyak perlawanan kerana persaingan yang sengit di barisan hadapan khususnya dari Chicharito," tegas Ferguson ketika ditanya sebab-sebab beliau mengekalkan Owen untuk semusim lagi.

Bagaimanapun Ferguson turut memberi indikasi yang jelas bahawa Owen akan mendapat lebih banyak peluang pada musim akan datang.

Owen, belum pernah memenangi sebarang pingat kejuaraan liga walaupun ketika bersama Liverpool dahulu tetapi musim ini beliau berjaya melayakkan diri untuk menerima pingat itu kerana telah bermain lebih dari 10 perlawanan liga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain