PBT Anjur Kursus Badminton Berprestasi Tinggi - Sukan | mStar

PBT Anjur Kursus Badminton Berprestasi Tinggi

KUALA TERENGGANU: Persatuan Badminton Terengganu (PBT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu akan menganjurkan kursus badminton berprestasi tinggi tahun ini.

Presiden PBT Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berkata ia bertujuan mencungkil bakat baru serta melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia.

Syed Abu Bakar, yang juga Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata 60 orang pelatih terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah akan dipilih untuk mengikuti program itu.

Beliau berkata BAM akan menyediakan seorang jurulatih bagi mengendalikan program itu.

Syed Abu Bakar berkata memandangkan Terengganu kekurangan gelanggang untuk mengadakan latihan, PBT dengan kerjasama BAM merancang untuk membina dewan sendiri. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Kejohanan Boling Padang Di Langkawi

Artikel Berikut

Artikel Lain