suria

Karathu Kecewa Rekod Tanpa Kalah Di Laman Sendiri Lebur

KOTA BAHARU: Ketua Jurulatih pasukan bola sepak Kelantan, M.Karathu melahirkan kekecewaan dan sedih apabila kesebelasan anak didiknya gagal mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri, tewas di tangan T.Team 1-2 dalam Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini, malam Rabu.

"Saya amat sedih kerana pertama kali kita kalah di gelanggang sendiri apabila bertemu T.Team walaupun kita mempunyai peluang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan sengit yang berkesudahan Kelantan tewas 2-1.

Sambil akur dengan keputusan memihak kepada T.Team malam tadi, beliau berazam akan memperbaiki kedudukan untuk menghadapi baki empat lagi permainan dalam liga itu, termasuk bertemu dengan Pahang Sabtu ini.

Selepas itu, pasukan Kelantan akan bertemu dalam liga yang sama dengan Terengganu pada 6 Jun; dikuti Perak (14 Jun) dan Sabah (6 Julai).

Sementara itu pada sidang media sama, ketua jurulatih T.Team Mohd Yunus Alif bersyukur kerana anak didiknya berjaya mencapai misinya untuk mengatasi rekod tanpa kalah pasukan tuan rumah Kelantan.

"Saya beri kebebasan sepenuhnya kepada pemain dengan menunjukkan permainan yang 'enjoy' untuk memenuhi misi itu," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain