suria

Najib Dijangka Saksikan Perlawanan Akhir MU-Barcelona

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah antara Manchester United (Man Utd) dan Barcelona bersama orang ramai di Persiaran Perdana, Putrajaya pada 28 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata persediaan sedang dijalankan untuk membolehkan Perdana Menteri dan isteri menyaksikan perlawanan yang ditunggu-tunggu antara juara Liga Perdana Inggeris dan Juara Liga Sepanyol itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Selasa selepas meninjau persiapan Sambutan Hari Belia yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei di Putrajaya.

Dalam kesibukannya, Perdana Menteri yang merupakan peminat setia Man Utd, turut mengikuti perkembangan bola sepak liga Inggeris.

Disember lepas, Najib menyertai warga kota terutamanya golongan muda menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam menerusi skrin gergasi di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain