suria

Liga Perdana: PDRM Tumpaskan Pos Malaysia 3-0

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menewaskan Pos Malaysia 3-0 pada saingan Liga Perdana yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa.

Gol pertama PDRM hadir pada minit ke-18 hasil sepakan penalti kapten pasukan Mohd Afif Amiruddin.

Fauzan Abdullah kemudian menjaringkan gol kedua PDRM menerusi tandukan pada minit ke-31.

Gol kemenangan PDRM disumbangkan oleh Khairul Izuan Abdullah pada masa tambahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain