suria

KBS Akan Bantu Promosi Sukan Kabaddi

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan akan membantu Persekutuan Kabaddi Malaysia mempromosikan sukan itu di peringkat akar umbi terutama kepada masyarakat bukan India di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata persekutuan itu sepatutnya mempromosikan sukan itu secara efektif di kalangan remaja bukan India di negara ini.

"Kementerian saya akan bekerjasama dengan persekutuan dalam mempromosikan dan membangunkan sukan kabaddi di peringkat kelab kerana ini akan membantu dalam pembangunan masyarakat yang lebih dinamik dan sihat," katanya semasa melancarkan persekutuan itu di sini, Isnin.

Timbalan Menteri Luar A.Kohilan Pillay selaku penaung persekutuan itu berkata beliau berharap sukan itu akan membantu memenangi pingat untuk Malaysia pada pertandingan antarabangsa di masa depan. -BERNAMA

Artikel Lain