suria

Pemain Taiwan Masih Mendahului Di Hari Kedua Golf Terbuka Malaysia

ALOR GAJAH: Chieh Po Lee dari Taiwan masih mendahului di hari kedua kejohanan golf Terbuka Amatur Malaysia Ke-109 dengan membuat pukulan 5 bawah par 67 dengan jumlah keseluruhan 12 bawah par 132 di A Famosa Golf Resort di sini Jumaat.

Di tempat kedua dengan ketinggalan enam mata ialah pemain Australia Daniel Bringolf yang membuat 3 bawah par 69 untuk mengumpul jumlah keseluruhan 6 bawah par 138.

Di tempat ketiga pula pemain Filipina Jobim Carlos dan pemain India Abhijit Chandra yang masing-masing membuat 71 dan 70 untuk mengumpul mata keseluruhan 5 bawah 139.

"Secara keseluruhan pukulan kedua saya tidak berapa baik seperti semalam," kata Po Lee, 16, yang bermula perlahan di sembilan lubang pertama dengan hanya membuat dua birdie dan dua bogey.

Beliau kemudiannya bermain baik pada sembilan lubang kedua membuat birdie di lubang 11 dan 14, sebelum menambah di lubang 16, 17 dan 18.

Pemain negara Kenneth de Silva mendahului senarai pemain Malaysia dengan membuat pukulan keseluruhan 145, 13 pukulan ketinggalan berbanding Po Lee.

Bagi bahagian wanita yang bermula Jumaat, pemain Malaysia Aretha Pan Herng membuat pukulan 4 bawah par 68 untuk mendahului senarai pemain dengan kelebihan satu pukulan.

Ini diikuti pemain Thailand Pinrath Loomboonruang dan pemain Filipina Jayvie Agojo yang ketinggalan satu pukulan selepas membuat 3 bawah par 69.

Keputusan 10 Teratas Lelaki:

132 Chieh Po Lee (TPE) 65 67

138 Daniel Bringolf (AUS) 69 69

139 Jobim Carlos (PHI) 68 71

Abhijit Chadha (IND) 69 70

141 Natipong Srithong (THA) 71 70

142 Ryan Peak (AUS) 74 68

143 Melvin Choo (SIN) 74 69

Rattanon Wannasrichan (THA) 71 72

Koh Deng Shan (SIN) 71 72

144 Jerome Ng (SIN) 72 72

Lima Teratas Wanita:

68 Aretha Pan Herng (MAS)

69 Pinrath Loomboonruang (THA)

Jayvie Agojo (PHI)

70 Hsin En Tsai (TPE))

Chi Wang (TPE) - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain