suria

Tidak Ada Kena Mengena Dengan FAM: Azzuddin

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menjelaskan bahawa isu kos penangguhan pembaikan trek Stadium Nasional Bukit Jalil yang bernilai RM500,000 tidak ada kena dengan pihaknya, tetapi ia adalah di antara perbadanan stadium dan pihak kontraktor.

Azzuddin berkata, FAM hanya akan membayar kos penyewaan stadium itu menjelang perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu, persahabatan skuad kebangsaan menentang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal Liverpool dan Chelsea.

“Selain perlawanan tersebut perlawanan pusingan kedua Pra Olimpik menentang Lebenon dan kelayakan Piala Dunia 2014 berdepan Taiwan yang kesemuanya berlangsung pada Julai juga akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya di Majlis Pelancaran Tiket Jelajah Chelsea ke Asia dan Ulang Tahun Ke-10 Pro Events, Rabu.

Jelasnya, pengumuman secara rasmi mengenai semua perkara tersebut akan dibuat minggu depan.

Sementara itu, awal bulan lalu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan tidak bersetuju dengan kesediaan FAM untuk menanggung kos penangguhan pembaikan trek itu bagi membolehkan aksi pasukan EPL.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain