suria

Tevez Kekal Di Man City: Mancini

PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini menegaskan bahawa Carlos Tevez akan terus kekal bersama kelab ini sehingga tamat kontraknya lima tahun lagi.

Penyerang City yang turut menjaringkan dua gol pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Stoke City awal pagi Rabu bersetuju untuk terus berada di Man City dan perkara ini telah diberitahu kepada pengurusnya.

“Tevez masih lagi ada kontrak lima tahun dan dia telah membuat keputusan untuk terus kekal di sini. Perkara ini telah dimaklumkan kepada kami.

"Dia tiada sebarang masalah dengan kelab,” kata Mancini.

Sebelum ini Tevez meminta dilepaskan agar dia boleh kembali ke Argentina untuk bersama keluarganya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain