suria

Tevez Mahu Kembali Ke Argentina

KAPTEN Manchester City, Carlos Tevez tetap berhajat meninggalkan kelab ini untuk berada lebih dekat dengan keluarganya di Argentina.

Disember lalu Tevez telah telah meluahkan perasaannya ini tetapi ditolak oleh kelab dan meneruskan komitmennya dengan kelab sehingga berjaya menjulang trofi Piala FA Sabtu lalu buat buat kali kelima dalam tempoh 35 tahun.

“Saya tidak ada masalah dengan anggota kelab ini, termasuk dengan jurulatih Roberto Mancini.

"Tetapi saya perlu berbincang lebih lanjut lagi dengan keluarga sama ada kan terus berada di sini atau tidak. Ia mungkin lebih kepada keputusan peribadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Lain