suria

Nadal Puji Djokovic

Aksi kecewa Nadal selepas tewas kepada Djokovic pada aksi final Masters Rome, awal pagi Isnin.
Aksi kecewa Nadal selepas tewas kepada Djokovic pada aksi final Masters Rome, awal pagi Isnin.
Aksi kecewa Nadal selepas tewas kepada Djokovic pada aksi final Masters Rome, awal pagi Isnin.

PEMAIN nombor satu dunia, Rafael Nadal menyanjung kehebatan Novak Djokovic yang menewaskannya pada kejohanan Masters Rome awal pagi Isnin.

Pemain dari Sepanyol ini telah meraih lima kali kejuaraan dalam tempoh enam tahun di Roland Garros tunduk kepada Djokovic straight set 6-4,6-4 di Itali.

Djonovic turut merangkul kejuaraan di Madrid minggu lalu menjadikan ini kemenangan berganda buat pemain dari Serbia ini.

“Dia menunjukkan prestasi terbaik berbanding beberapa bulan sebelum ini. Tahap keyakinan yang tinggi, dan kini saya berada di belakangnya.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk mempamerkan aksi menjadi seperti Djokovic sekarang,” kata Nadal.

Sementara itu, Nadal yang telah memenangi sembilan gelaran Grand Slam berbanding Djokovic yang baru memenangi dua kejohanan pada Terbuka Australia (2008,2011) berkata, ia adalah persaingan yang berbeza.

“Kejayaan sebenar bukan sahaja kepada pemain yang telah menjulang kejuaraan setiap minggu, tetapi kepada mereka yang berjaya mencipta kemenangan pada masa yang sesuai.

“Saya pernah mengalahkannya sebelum ini tetapi sekarang saya dikalahkannya. Situasi seperti ini sentiasa berlaku dan ada turun naiknya,” kata Nadal.

Nadal berkata, apa yang penting sekarang ialah mencapai sasaran pada kejohanan akan datang.

“Banyak lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

Artikel Lain