Harimau Muda A Naik Dua Anak Tangga - Sukan | mStar

Harimau Muda A Naik Dua Anak Tangga

KOTA KINABALU: Harimau Muda A melonjak ke tangga keempat Liga Super selepas mengalahkan Sabah 2-0 pada perlawanan tunggal liga tersebut di Stadium Likas, di sini, Ahad.

Sabah gagal memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu menguasai permainan buat seketika sebelum Harimau Muda A membuka tirai jaringan melalui tandukan Izzaq Farris Ramlan pada minit ke-34.

Sabah bangkit pada babak kedua dengan sikap kental untuk memburu gol penyamaan tetapi benteng pertahanan Harimau Muda A berjaya menyekat serangan pasukan tuan rumah.

Kesilapan pemain pertahanan Sabah, Md Reithuddin Emran, menyebabkan Izaaq Farris menjaringkan gol keduanya pada minit ke-79 untuk membolehkan Harimau Muda A mengumpul 29 mata dari 19 perlawanan.

Sabah masih menduduki tangga ke-12 daripada 14 pasukan dalam liga dengan mengumpul 18 mata.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Gagal bayar cukai, Sajat akan didakwa

Isteri Adun Panti meninggal dunia