suria

Djokovic Tetap Merendah Diri

Djokovic bergelar juara dua kali berturut-turut dalam tempoh lapan hari.
Djokovic bergelar juara dua kali berturut-turut dalam tempoh lapan hari.
Djokovic bergelar juara dua kali berturut-turut dalam tempoh lapan hari.

PEMAIN Serbia, Novak Djokovic mengakui sukar untuk mengambil alih kedudukan Rafael Nadal selaku pemain nombor satu dunia biarpun berjaya menewaskannya pada dua kejohanan Masters.

Djokovic menundukkan Nadal di Rom dengan keputusan 6-4,6-4 selepas turut mengalahkan Nadal straight set di Madrid minggu lalu.

Dengan kemenangan ini, Djovic menjadi pemain ketiga mengalahkan Nadal selepas Gaston Gaudia (tiga kali) dan Roger Federer (dua kali).

Pun begitu, Djokovic tetap merendah diri dan menyatakan Nadal tetap pemain terbaik.

“Dia pastinya akan bangkit dan cuba meraih gelaran keenam pada Terbuka Perancis bermula hujung minggu ini, lebih-lebih lagi Nadal adalah raja tanah liat.

“Saya menang dua kali berturut-turut dalam tempoh lapan hari dan saya sangat teruja. Dalam masa sama ia memberi keyakinan untuk saya beraksi pada Terbuka Perancis nanti.

“Nadal hanya kalah dua kali sahaja kepada saya berbanding sudah bertahun dia menguasai permainan ini,” katanya

Artikel Lain