suria

Festival Silat Nusantara Bermula Isnin Di Tawau

TAWAU: Festival Silat Nusantara yang julung kali diadakan di Sabah membuka tirainya di sini Isnin, dengan penyertaan lebih 250 peserta.

Pengarah festival Zaid Abdul Hamid berkata acara perasmian akan dilakukan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia.

Festival akan berlangsung sehingga 19 Mei dan lebih 250 orang termasuk dari Singapura telah mengesahkan penyertaan, katanya ketika ditemui Bernama, di sini, Ahad.

Beliau berkata hanya empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak menghantar wakil pada festival kali ini.

Sementara itu, jurulatih Singapura Raziz Hussin berkata negaranya menghantar 38 peserta dan kebanyakan adalah daripada pasukan pelapis republik tersebut.

Majlis penutupan festival berkenaan akan dilakukan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. - BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham Pecat Grant

Artikel Berikut

Artikel Lain