Kelantan, Terengganu Menang Di Tempat Lawan - Sukan | mStar

Kelantan, Terengganu Menang Di Tempat Lawan

SHAH ALAM: Kelantan dianggap sudah meletakkan sebelah kaki ke final manakala Terengganu mempunyai kelebihan tipis selepas masing-masing memenangi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA, Jumaat malam.

Di Stadium Shah Alam, Kelantan membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Baharu, Isnin ini, selepas membenam juara Liga Super musim lepas, Selangor, 5-1.

Kelantan, juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lepas, membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 apabila Mohammad Ramzulzahini merembat masuk bola ke gawang lawan akibat kesilapan penjaga gol Mohd Saiful Amar.

Kelantan terus mempamerkan aksi garang untuk menambah gol kedua pada minit ke-40 menerusi penjaring utama Liga Super, Norshahrul Idlan Talaha, hasil sepakan percuma kapten pasukan, Mohd Badhri Mohd Radzi.

Selang empat minit kemudian, gawang Selangor sekali lagi dibolosi apabila Mohd Badhri pula menyumbat gol ketiga 'The Red Warriors' hasil hantaran lintang daripada pemain sayap kiri, Mohd Nurul Azwan Roya. Pada babak kedua, Kelantan, di bawah bimbingan Datuk M. Karathu, memperkemaskan gerakan untuk menghukum benteng pertahanan Selangor apabila Mohd Badhri menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-67. Norshahrul Idlan sekali lagi menambah duka skuad anak didik K. Devan dengan jaringan kelima pada minit ke-71.

Gol saguhati Selangor hadir pada minit terakhir (min-90) yang dijaringkan oleh kapten pasukan, Mohd Amri Yahyah.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, tandukan Mohd Ashari Samsuddin pada minit ke-88 membantu Terengganu bangkit dari ketinggalan dua gol untuk mengatasi Pahang 3-2.

Keputusan ini menyaksikan Terengganu berkelebihan satu jaringan untuk melayan kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Isnin ini. Selepas tanpa jaringan pada separuh masa, Pahang membuka tirai jaringan menerusi Mohd Munir Amran pada minit ke-46 dan R. Surendran pada minit ke-53.

Bagaimanapun, Terengganu tidak berpatah semangat dan menggandakan asakan bertali arus untuk memburu jaringan dengan Mohd Ashari merapatkan jaringan pada minit ke-63. Wan Mohd Afif Wan Jasni menyamakan kedudukan pada minit ke-81 sebelum Mohd Ashari muncul wira dengan gol kemenangan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain