suria

Masalah Kewangan MYA Selesai

LANGKAWI: Masalah kewangan yang ditanggung Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) kini selesai setelah Majlis Sukan Negara (MSN)menyalurkan geran bantuan kepada persatuan itu baru-baru ini.

Pengurus Besarnya Mohd Afendy Abdullah berkata, MYA kini sedang meneliti beberapa kejohanan yang bakal disertai tahun ini untuk menyediakan pelayar bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012. "Bagaimanapun, kelewatan menerima peruntukan itu menyebabkan beberapa kejohanan yang dirancang pada awalnya terpaksa dibatalkan kerana tarikh penyertaan telah ditutup," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata sebelum ini MYA terpaksa menggantung semua penyertaan dalam dan luar negara kerana masalah kewangan.

"Dengan peruntukan yang diberi kali ini, MYA akan memilih kejohanan yang sesuai untuk disertai pelayar negara," katanya.

Menurut Mohd Afendy, pada masa ini lebih 20 pelayar elit dan pelapis kebangsaan sedang menjalani latihan di kompleks latihan perahu layar kebangsaan di sini. -BERNAMA

Artikel Lain