suria

Impian United Bergelar Juara Semakin Hampir

Hernandez menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech sebelum menjaringkan gol pertama United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.
Hernandez menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech sebelum menjaringkan gol pertama United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.
Hernandez menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech sebelum menjaringkan gol pertama United pada saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

PELUANG untuk merangkul gelaran juara buat kali ke-19 semakin menjadi kenyataan selepas pasukan Manchester United berjaya menundukkan Chelsea 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu.

Aksi pantas United seawal minit permainan membuahkan hasil apabila Javier Hernandez berjaya menyumbangkan gol sulung pasukan pada minit pertama permainan selepas melakukan larian solo menewaskan pemain pertahanan The Blues, David Luiz sebelum melakukan sepakan kencang ke gawang Petr Cech.

Ia merupakan gol yang ke-13 Hernandez sepanjang musim ini.

Babak pertama permainan menyaksikan benteng pertahanan Chelsea yang agak lemah dan gagal menyekat kemaraan pemain-pemain United.

Gol kedua United muncul selepas tandukan kapten pasukan, Nemanja Vidic pada minit ke-23 dan terus memberi tekanan kepada pemain-pemain The Blues.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan menyaksikan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti melakukan beberapa pertukaran dengan memasukan Alex and Ramires menggantikan posisi David Luiz dan Mikel, manakala Kalou digantikan dengan Fernando Torres.

Penyerang utama Chelsea, Didier Drogba turut gagal melakukan aksi menarik, lebih-lebih lagi agak sukar dia melepasi benteng pertahanan United yang dikawal rapi oleh Fabio, Rio Ferdinand, Vidic, serta O’Shea.

Bagaimana pun percubaan Chelsea untuk mencari gol akhirnya berjaya dilaksanakan oleh Frank Lampard pada minit ke-68, manakala United gagal menambah jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Dengan kemenangan ini, peluang United untuk mengambil alih gelaran juara yang dirangkul Chelsea musim lalu sudah pasti berada di genggaman dan hanya perlu menghabiskan dua baki perlawanan menentang Blackburn Rovers dan Blackpool sebelum dinobatkan sebagai juara musim ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain