suria

Mourinho Digantung Lima Perlawanan

Mourinho (kanan) memberi isyarat bagus selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil pada perlawanan saingan pertama CL, minggu lalu.

JURULATIH, Real Madrid, Jose Mourinho digantung lima perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA)selepas menerima kad merah pada saingan pertama Liga Juara-Juara (CL) menentang Barcelona minggu lalu.

Mourinho yang menjulang trofi kejuaraan ini ketika mengendalikan skuad Inter Milan musim lalu dilarang berada di bangku pemain dan turut didenda 50,000 euro (RM217,741) serta oleh badan disiplin UEFA.

Pihak UEFA berkata, hukuman telah bermula pada pusingan kedua separuh akhir CL, Rabu lalu, manakala baki akan dibawa ke musim depan dan Mourinho akan berada dalam perhatian selama tiga tahun.

Sementara itu, penjaga gol simpanan Barcelona, Jose Pinto turut digantung tiga perlawanan kerana mencetuskan pertelingkahan pada masa rehat perlawanan itu.

Ini bermakna, Pinto tidak akan beraksi pada saingan akhir menentang Manchester United di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.

Mourinho dan Pinto berkata, mereka akan membuat rayuan mengenai hukuman ini.

Artikel Lain