Terengganu Hantar 55 Atlet Ke Sukan Arafura - Sukan | mStar

Terengganu Hantar 55 Atlet Ke Sukan Arafura

KUALA TERENGGANU: Terengganu menghantar satu kontinjen mengandungi 55 atlet dan 20 pegawai untuk menyertai lima acara di Kejohanan Sukan Arafura 2001 di Darwin, Australia selama lapan hari mulai Sabtu ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Zainal Abidin Hussin berkata, lima acara yang akan disertai atlet Terengganu ialah hoki wanita melibatkan 20 orang, sepaktakraw (10 orang), menembak (enam orang), tinju (empat orang) dan olahraga (15 orang).

"Penyertaan kali ketiga ke kejohanan dua kali setahun itu antara lain bagi memberi pendedahan pertandingan bertaraf antarabangsa kepada atlet, sekaligus untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang tahun depan.

"Kesemua atlet yang terpilih ke kejohanan Arafura itu adalah atlet elit yang dijangka mampu menyumbang pingat emas untuk Terengganu pada Sukma tahun depan," katanya pada majlis pelepasan kontinjen Terengganu ke Sukan Arafura di sini, Khamis.

Zainal Abidin yang mengetuai kontinjen Terengganu berkata, penyertaan atlet negeri itu ke kejohanan Arafura juga untuk menilai prestasi mereka dengan harapan mampu muncul juara untuk tahun ketiga berturut-turut.

Pada Sukma 2008, Terengganu yang menjadi tuan rumah melakar sejarah apabila buat julung kali muncul juara dan mengulangi kejayaan semasa Sukma di Melaka tahun lepas.

Zainal Abidin berkata, dua tahun lepas Terengganu juga telah menghantar atlet ke Arafura juga dalam lima acara dan mampu membawa pulang lima pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

"Kita berharap atlet yang kita hantar tahun ini lebih berjaya memandangkan mereka semua merupakan atlet pilihan untuk Sukma 2012," katanya.

Katanya, kejohanan di Darwin itu merupakan salah satu pertandingan yang telah dirancang dalam pelan periodisasi latihan sukan masing-masing dan menyemai semangat juang yang tinggi di kalangan atlet negeri itu.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Sukma Ke-14 Kekal 19 Jenis Sukan

Artikel Berikut

Sukma Ke-14 Kekal 19 Jenis Sukan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain