suria

Langkawi Sedia Jadi Venue Acara Pelayaran Dan Menembak Sukma 2014

LANGKAWI: Langkawi sedia memikul tanggungjawab menyediakan venue acara pelayaran dan menembak Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 pada 2014 sekiranya dipersetujui Perlis, tuan rumah temasya sukan dwitahunan itu nanti.

Anggota Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib berkata Kompleks Latihan Pelayaran Kebangsaan dan Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) yang bertaraf dunia adalah venue paling sesuai untuk acara tersebut.

"Tempat penginapan di Langkawi juga mencukupi dan kami di sini tiada masalah," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah (PPLK) kepada Bernama di sini, Ahad.

Isnin lepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mengumumkan Perlis sebagai tuan rumah Sukma 2014, turut memberi pilihan kepada negeri itu untuk menggunakan venue di luar Perlis, seperti Pulau Langkawi yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa bagi acara menembak dan pelayaran. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain