LIVERPOOL: Hatrik daripada Maxi Rodriguez pada minit ke-7, 65 dan 72 membantu Liverpool membelasah Birmingham 5-0 dalam perlawanan di Anfield, awal pagi Ahad.Selain Rodriguez, Dirk Kuyt dan Joe Cole turut berada di dalam senarai penjaring gol Liverpool. Dalam perlawanan lain, Tottenham Hostpur seri 2-2 dengan West Brom manakala Sunderland menamatkan kemarau kemenangan dengan mengalahkan Wigan 4-2.Lain-lain keputusan memperlihatkan pertemuan Blackpool - Newcastle, Aston Villa - Stoke City dan Wolverhampton - Fulham, berkesudahan seri 1-1.