suria

Sukma Ke-14 Melibatkan 17 Venue Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 venue di sekitar Lembah Klang akan digunakan sebagai tempat pertandingan temasya Sukan Malaysia ke-14 dari 2 hingga 12 Jun ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Jalil Abdullah berkata selain menggunakan kemudahan di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, pihaknya juga akan menggunakan venue milik persendirian.

"MSN akan menggunakan kemudahan sedia ada dan tidak melibatkan infrastruktur baru. Rundingan dengan venue milik persendirian sedang diuruskan," katanya, Jumaat.

Langkah itu, katanya selaras dengan hasrat MSN untuk mengadakan temasya edisi ke-14 secara sederhana dengan bajet sekitar RM7 juta berbanding RM100 juta jika diadakan di negeri-negeri.

Bagaimanapun, promosi bersesuaian dengan bajet tersebut tetap akan diadakan bagi menarik peminat sukan di Lembah Klang untuk menyaksikannya terutama ketika temasya tersebut diadakan pada cuti penggal kedua persekolahan, katanya.

Berikut adalah acara dan venue bagi Sukan Malaysia ke-14:

Akuatik (polo air, renang berirama)- Pusat Akuatik Nasional

Berbasikal (trek) - Velodrom, Cheras

Bina badan- South City Plaza, Sri Kembangan

Bola baling - Stadium Sri Putra

Bola jaring - Stadium Juara, Bukit Kiara

Bola keranjang-Stadium MABA, KL

Futsal- Kompleks Sukan Matsushita

Bola tampar pantai- Dewan MBSA, Shah Alam

Judo, Ping Pong- Sports Arena, MOM

Kabaddi- Sekolah Sukan Bukit Jalil

Kanu, Mendayung-Kompleks Sukan Air, Putrajaya

Kriket-Kinrara Oval, Puchong

Lawan pedang, Silambam - Gimnasium 2 & 3, MSN

Ragbi- Universiti Malaya

Sofbol- Universiti Putra Malaysia

Tenis-Kompleks Tenis Tun Razak

Woodball-OUG Woodball Garden -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain