Selangor Bangkit Rampas Takhta Liga - Sukan | mStar

Selangor Bangkit Rampas Takhta Liga

KUALA LUMPUR: Selangor kembali menerajui persada Liga Super selepas menewaskan Perak 1-0 di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Pemain tengah Safiq Rahim membantu Selangor memperoleh tiga mata penuh apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68, sekaligus meletakkan pasukan itu mendahului carta kedudukan dengan 26 mata.

Di Stadium Utama, Kangar, pasukan Perlis akhirnya memecah kebuntuan kemenangan sulung dalam liga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 3-2.

Bagaimanapun, Negeri Semb ilan membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Mohd Firdaus Azizul sebelum Mohamad Hisyam Mohd Shofi menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Perlis, yang gagal mencari kemenangan selepas 11 perlawanan sebelum ini, bangkit pada babak kedua dengan dua jaringan oleh Mohd Rizal Ghazali pada minit ke-68 dan 74.

Negeri Sembilan kemudian merapatkan jurang jaringan menerusi G. Mahathevan pada minit ke-90, menjadikan kedudukan mereka dua dari tangga bawah liga dengan 11 mata manakala Perlis tercorot dengan tujuh mata.

Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu, pasukan Kelantan kekal di tangga keempat liga dengan 21 mata apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Sabah.

Di Stadium Bolasepak Cheras, pasukan Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan ketiga selepas 12 perlawanan apabila menumpaskan pasukan T-Team 3-1.

Kuala Lumpur menjaringkan kesemua gol pada babak pertama menerusi See Kok Lue pada minit ke-11 dan dua gol oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-13 dan 14 manakala gol saguhati T-Team dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin pada minit ke-21.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, V. Thirumurugan membantu pasukan Kedah menewaskan Pahang 1-0 dengan jaringan pada minit ke-56.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan Harimau Muda A menang 1-0 ke atas Johor FC melalui jaringan Mohd Irean Fazali pada minit ke-70.

Harimau Muda A kini menduduki tangga keenam dalam liga dengan 15 mata manakala Johor FC pula di tangga ke-11 dengan 12 mata. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Yunus Serah Kepada Pengurusan

default image

Wan Jamak Sah Ketua Jurulatih Kedah

Artikel Lain