Schwartzel Gagal Cipta Pukulan Terbaik - Sukan | mStar

Schwartzel Gagal Cipta Pukulan Terbaik

KUALA LUMPUR: Juara US Masters Charl Schwartzel dari Afrika Selatan terpaksa melawan rasa mengantuk pada pusingan pembukaan Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia di sini, Khamis.

Pemain berusia 26 tahun itu hanya mampu mencatakan satu di atas par 73 pada pusingan pertama kejohanan itu di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, dekat sini.

"Pada hakikatnya saya tidak tertidur di lapangan," katanya kepada pemberita selepas menamatkan saingan pusingan pertama. Katanya beliau tidak mendapat tidur yang secukupnya dan cuba berusaha keras untuk memberi tumpuan.

"Masa perbezaan di sini adalah 12 jam dan adalah elok sekiranya saya dapat tiba di sini sehari sebelum saingan," kata Schwartzel, yang mengharungi perjalanan 25 jam di atas penerbangan dari Augusta, Georgia, Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur.

Pusingan pembukaan didahului oleh pemain Sweden Alexander Noren dengan lapan di bawah par 64.

Bagaimanapun, saingan pusingan pertama terpaksa ditangguh pada pukul 7.05 malam kerana kilat dan baki 12 pemain akan meneruskan permainan pada pukul 8.30 pagi Jumaat.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Real Madrid, Schalke Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Berikut

Hisyam Mahu Jadi Antara Pemain Terbaik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain