suria

Real Madrid, Schalke Mara Ke Separuh Akhir

PASUKAN Real Madrid mengesahkan mara ke pusingan separuh akhir selepas menumpaskan Tottenham Hotspur, 1-0 pada saingan suku akhir kedua Liga Juara-Juara (CL) di White Hart Lane, awal pagi Khamis.

Pada saingan suku akhir pertama minggu lalu, Real turut menumpaskan Spurs 4-0 sekaligus mara dengan agregat 5-0 dan bakal bertemu Barcelona pada saingan separuh akhir minggu depan.

Jaringan tunggal perlawanan kedua ini dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-50.

Sementara itu, Spurs pula terpaksa bekerja keras untuk mencari gol walaupun realistiknya peluang untuk mara adalah tipis berdasarkan jumlah jaringan pihak lawan sebelum ini.

Selain itu, Schalke 04 turut mengiringi tiga lagi pasukan ke separuh akhir apabila menang besar ke atas juara musim lalu, Inter Milan dengan agregat 7-3.

Kemenangan ini bermakna Schalke bakal menerima kunjungan Manchester United pada saingan separuh akhir pertama pada 26 April ini.

Turut mara ke pusingan separuh akhir musim ini ialah Manchester United yang telah mengetepikan Chelsea agregat 3-1, dan Barcelona yang telah menewaskan Shaktar Donestsk (agregat 5-1).

Artikel Berikut

Artikel Lain