suria

Noh Sedia Pertahankan Kejuaraan

KUALA LUMPUR: Juara bertahan kejohanan golf Terbuka Malaysia, Noh Seung-yul dari Korea Selatan perlu berusaha lebih keras sedikit kali ini untuk mengekal kejuaraan di kejohanan yang bermula esok di Kuala Lumpur Golf & Country Club di Bukit Kiara bermula, Khamis.

Pemain sensasi berusia 19 tahun ini selaku pemain nombor satu Jelajah Asia akan menghadapi tentangan sengit daripada pemain bintang lain.

"Terdapat ramai pemain bagus termasuk pemain nombor satu dunia dan juara baru Masters. Saya telah bermain dengan (Martin) Kaymer sebelum ini dan dikalahkannya di WGC-Accenture Match Play.

"Selepas kejohanan itu, dia menjadi pemain nombor satu. Saya juga bermain dengan Charl Schwartzel tahun lalu. Saya gembira dapat bermain dengan mereka sebelum kejayaan mereka. Jadi saya tidak merasa gementar untuk bermain lagi dengan mereka mimggu ini," kata Noh menerusi penterjemah.

Beliau akan bermain permainan pembukaan dua pusingan dengan juara Master baru Schwartzel dan juara Terbuka British Louis Oosthuizen Khamis.

Namun kecederaan pada jarinya yang dialami bulan lalu menjadi kerisauannya untuk menjadi pemain pertama Jelajah Asia dapat mempertahankan kejuaraan tahun ini.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain