suria

Vettel Kuasai Perlumbaan Kelayakan GP F1 Malaysia

SEPANG: Pelumba pasukan Red Bull, Sebastian Vettel terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya menamatkan perlumbaan kelayakan di tempat pertama dengan catatan 1:34.870 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu.

Mengekori rapat Vettel ialah pemandu McLaren, Lewis Hamilton, ketiga Mark Webber (Red Bull), diikuti Jenson Button (McLaren) dan tempat kelima, Jenson Button (Ferrari).

Kedudukan lima kedudukan teratas ini adalah sama seperti keputusan Pusingan Pertama GP Melbourne Australia di Melbourne dua minggu lalu.

“Saya gembira dengan keputusan hari ini biarpun turut menerima cabaran sengit. Dalam pada itu saya sangat berpuas hati dengan keadaan jentera saya dan ini membuktikan pasukan saya telah melakukan kerja dengan cemerlang.

“Bagi perlumbaan esok (Ahad) saya akan cuba memberi fokus dan mengekalkan momentum ini,” kata juara dunia tahun lalu ini.

Sementara itu, lima lagi pelumba yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok enam hingga kesepuluh ialah Fernando Alonso (Ferrari), Nick Heidfeld (Renault), Felipe Massa (Ferrari), Vitaly Petrov (Renault), Nico Rosberg (Mercedes GP) dan Kamui Kobayashi (Sauber).

Perlumbaan akhir GP Malaysia akan berlangsung pada jam 4 petang Ahad dengan menyaksikan 24 pelumba bertarung merebut gelaran juara dengan 56 pusingan atau dalam tempoh dua jam perlumbaan.

Sebagai rekod, Vettel turut dinobatkan sebagai juara pada pusingan ketiga GP Malaysia 2010, diikuti rakan sepasukannya, Webber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ATM Kekal Rekod Tanpa Kalah

Artikel Lain