suria

Rooney Bakal Didenda

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney bakal didenda kerana mengeluarkan kata-kata lucah selepas menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham Sabtu lalu.

Rooney akur dengan denda yang bakal dikenakan itu, namun merayu agar tidak digantungkan daripada perlawanan akan datang.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) mengesahkan menerima permohonan rayuan dari United dan kes ini akan disebut pada Rabu.

Sekiranya permohonan rayuan Rooney itu gagal, dia bakal terlepas beraksi dalam dua perlawanan iaitu menentang Fulham (EPL) dan satu lagi menentang Manchester City pada saingan separuh akhir Piala FA.

Pengurus kelab, Sir Alex Ferguson tidak mahu memberi sebarang kenyataan mengenai kes ini dan hanya akan memberi fokus kepada perlawanan Liga Juara-Juara (CL) menentang Chelsea awal pagi Khamis.

“Tidak ada apa yang perlu dikatakan. Saya tidak akan bercakap mengenai ini. Yang penting kami sudah menghantar permohonan rayuan,” katanya.

Artikel Sebelum

Rooney Bakal Didenda

Artikel Berikut

Artikel Lain