suria

Real Madrid, Schalke Menang Selesa

PASUKAN Real Madrid menempah kedudukan selesa selepas meraih 4-0 pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (CL) menentang Tottenham Hotspur di Santiago Bernabeu awal pagi Rabu.

Emmanuel Adebayor membuka jaringan seawal minit ke-4, manakala gol kedua pada minit ke-57.

Episod malang Spurs bermula apabila penyerangnya, Peter Crouch diperintah keluar padang setelah mengasari Marcelo (m-15) sekaligus memaksa mereka beraksi dengan sepuluh pemain sepanjang perlawanan itu.

Sementara itu, gol ketiga Real muncul melalui Angel di Maria minit ke-72 dan gol keempat dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo pada minit-minit terakhir perlawanan (m-87).

Selain itu, satu lagi perlawanan menyaksikan juara bertahan Inter Milan dimalukan di laman sendiri apabila kalah 2-5 kepada di San Siro, Milan.

Biarpun Milan berjaya meraih gol sulung pada minit pertama permainan oleh Dejan Stankovic, namun kelemahan benteng pertahanan mereka menyaksikan Schalke mudah menjaringkan gol.

Gol kedua Milan dijaringkan oleh Diego Milito (m-34), manakala gol kemenangan pihak lawan dilakukan dijaringkan oleh Joel Matip, Edu (2 gol), Raul serta gol sendiri Andrea Ranocchia.

Kemenangan ini pastinya memberi tugas berat kepada Milan pada aksi kedua minggu depan.

Artikel Sebelum

Rooney Bakal Didenda

Artikel Berikut

Artikel Lain