suria

Pemain Cepat Selesa: Yunus

KUALA TERENGGANU: Ketua jurulatih skuad Liga Super Terengganu, Yunus Alif mengakui kesilapan anak buahnya sehingga hampir tewas walaupun sudah mendahului Kelantan dengan selesa dalam perlawanan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah di sini malam Selasa.

"Saya akui para pemain mengambil mudah dan merasa selesa apabila kita berjaya mendahului lawan pada separuh masa pertama.

"Di separuh masa kedua pula, anak didik saya sedikit tertekan dan tidak dapat mengawal perasan apabila pihak lawan ghairah untuk menjaringkan gol. Ini berpunca dari sikap cepat berpuas hati para pemain," katanya.

T-Team mendahului Kelantan 2-0 di separuh masa pertama tetapi berakhir dengan menang tipis 4-3 ke atas Kelantan.

"Bagaimapun saya berpuas hati dengan corak persembahan yang ditunjukkan kesebelasan utama malam ini dan saya cukup berpuas hati dapat mengumpul tiga mata penuh," kata Yunus.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Rooney Bakal Didenda

Artikel Berikut

Artikel Lain