suria

Sukan Sungai Ditunda Pada 16 April

ALOR SETAR: Temasya Sukan Sungai kali ke-80 sempena keputeraan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-83 yang ditangguh akibat hujan lebat pada 26 Mac lepas, akan berlangsung 16 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan negeri Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata venue temasya sukan itu tidak berubah iaitu di Tanjung Chali di sini.

"Kita tidak akan membuat sebarang rombakan pada acara yang telah kita rancangkan selama ini iaitu perahu panjang, perahu naga dan kenu.

"Seramai 912 peserta dari 38 pasukan akan mengambil bahagian dalam acara perahu panjang, 196 peserta dari tujuh pasukan akan mengambil bahagian dalam perahu naga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Temasya sukan sungai kali ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM55,600, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain