suria

Saya Masih Perlukan Misbun: Chong Wei

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menafikan dakwaan kononnya beliau tidak lagi memerlukan khidmat bekas jurulatihnya Datuk Misbun Sidek yang kembali semula ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM.

Katanya beliau masih memerlukan bimbingan Misbun walaupun kini selesa dengan jurulatih Tey Seu Bock yang mengambil alih tugas semasa ketiadaan Misbun sejak 1 Disember lalu.

Misbun meletak jawatan pada tarikh tersebut dan pada Jumaat Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh mengumumkan Misbun menarik balik keputusannya dan akan ditawarkan kontrak baru.

Chong Wei berkata semasa ketiadaan Misbun selama empat bulan, beliau telah mempelajari sesuatu yang baru dari Tey dan ia telah membantunya mempertahankan gelaran All-England, bulan lepas.

"Jika ingin bermain di kejohanan luar negara, saya masih ingin Misbun dan Tey menemani saya ketika berada di sana," kata Chong Wei kepada pemberita di sini, Ahad.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh membuat keputusan tersebut dan perlu berbincang dengan BAM.

Katanya corak latihan Tey adalah berlainan dengan cara Misbun dan adalah susah bagi dirinya untuk menukar corak latihan jika kembali dengan Misbun.

"Saya perlukan kedua-duanya dan harap Tey dan Misbun dapat melatih saya kelak," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain