suria

Pasukan F1 Lotus Berjumpa Dengan Para Penyokong di Tune Hotels, KLIA-LCCT, Rabu Ini

PETALING JAYA: Para penyokong pasukan Formula One (F1) Lotus berpeluang berjumpa dengan pemandu pujaan mereka di Tune Hotels, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)-Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dekat sini pada Rabu ini.

Pemandu, Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli akan beramah mesra dengan mereka selama setengah jam antara pukul 2 petang dan 3 petang.

Para penyokong digalakkan untuk hadir lebih awal bagi mendapatkan tempat duduk mereka.

Tempat duduk adalah terhad dan ditawarkan berdasarkan prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain