suria

MSN Mungkin Wajibkan Bekas Atlet Jalani Ujian Kesihatan

IPOH: Bekas atlet di negara ini mungkin diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata secara amnya atlet negara yang telah bersara tidak lagi berada di bawah tanggung jawab MSN, namun perkara itu mungkin perlu diteliti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sabtu selepas menziarahi bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor yang dirawat di Hospital Pantai di sini, selepas mengalami sesak nafas ketika menyertai perlawanan bola sepak Piala Amal Menteri Besar Perak pada Rabu lepas.

Dalam insiden itu, Malek, 54, tiba-tiba rebah selepas lima minit perlawanan bermula. Malek yang menjalani satu pembedahan kecil susulan kejadian itu kini beransur pulih serta telah mula boleh bercakap.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain