suria

Tony Fernandes Harap Truli Dapat Kutip Mata Pertama Di GP Malaysia

KUALA LUMPUR: Peneraju pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes berharap pemandu pasukan Jarno Truli dapat mengutip mata pertama pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2011 di Litar Sepang minggu depan.

Katanya beliau yakim pemandu Itali itu dapat mencapai sasaran di 'litar sendiri' di Grand Prix F1 Malaysia pada 10 April ini kerana ianya lebih bermakna berbanding di pusingan pembukaan di Grand Prix Australia di Melbourne minggu lepas.

"GP F1 Malaysia adalah menarik kerana kita ada dua pasukan negara termasuk Mercedes GP Petronas serta Lotus Renault di mana Proton mempunyai pegangan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama Radio24 pada Khamis.

Beliau bercakap dari London beberapa minit selepas menerima anugerah 'Commander of the Order of the British Empire' (CBE) dari Ratu Elizabeth II hari ini.

Pada perlumbaan pembuka tirai F1 musim 2011 di Litar Albert Park, Melbourne, Trulli hanya mampu menduduki tempat ke-13.

Penyandang juara dunia, Sebastian Vettel dari pasukan Redbull Racing, menjuarai perlumbaan GP Australia manakala pemandu Mercedes McLaren, Lewis Hamilton mendapat tempat kedua diikuti pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misbun Kembali Bersama BAM

Artikel Lain