suria

Misbun Kembali Bersama BAM

KUALA LUMPUR: Selepas tiga bulan berdiam diri, jurulatih badminton perseorangan negara Datuk Misbun Sidek hari ini bersetuju kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Presiden BAM Datuk Mohd Nadzmi Salleh berkata, Misbun bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Dis lepas dan badan induk badminton itu akemberan menawarkan kontrak baru kepada jurulatih tersebut dalam tempoh terdekat.

Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri sejak menyerahkan surat peletakan jawatannya.

Usaha Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong yang beberapa kali bertemunya juga gagal mendapatkan jawapan daripada Misbun. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misbun Kembali Bersama BAM

Artikel Lain