Nadal, Federer Ada Peluang Bertemu Di Separuh Akhir - Sukan | mStar

Nadal, Federer Ada Peluang Bertemu Di Separuh Akhir

Federer dari Switzerland membalas pukulan Juan dalam pertemuan di Key Biscayne, Florida. - Foto REUTERS/Hans Deryk
Federer dari Switzerland membalas pukulan Juan dalam pertemuan di Key Biscayne, Florida. - Foto REUTERS/Hans Deryk

RAFAEL Nadal dan Roger Federer berada pada landasan terbaik untuk bertemu sesama sendiri tahun ini selepas memenangi pusingan ketiga Terbuka Sony Ericsson.

Dua seteru hebat itu menewaskan lawan masing-masing dengan straight set untuk meneruskan penguasaan bagi mempertemukan mereka di separuh akhir.

Nadal yang menduduki ranking No.1 dunia menumpaskan rakan senegara, Feliciano Lopez 6-3, 6-3 dengan menguasai 67 peratus mata pada servis pertama.

Sementara itu, Federer pula terpaksa menggandakan usaha untuk memenangi mata penentuan di set pertama sebelum menamatkan perlawanan dalam masa sejam 44 minit.

"Ia pertemuan sukar. Saya menjangkakan dia bermain lebih bagus di permainan seterusnya dan set kedua, tetapi ia penamat terbaik untuk saya," kata Federer.

Nadal dan Federer tidak pernah bertemu sesama sendiri sejak final Jelajah Dunia ATP di London tahun lalu tetapi mereka perlu menang dua lagi permainan untuk dipertemukan semula.

Federer akan bertemu pemain Belgium, Oliver Rochus manakala Nadal akan menentang Alexandr Dolgopolov dari Ukraine atau pemain Perancis, Jo-Wilfried Tsonga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain