suria

Hadiah Misteri Menanti Pemenang Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi

LANGKAWI: Hadiah misteri menanti pemenang pada Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Langkawi Piala Mahsuri "Bowls In One" di Kompleks Sukan Langkawi, di sini Oktober depan.

Setiausaha kejohanan, Datuk Shukri Ahmad berkata ia seperti pertandingan golf 'hole in one' tapi sedikit kelainan kerana setiap pemain akan meleret bowls masing-masing sekurang-kurangnya menghampiri 'jack' untuk diisytihar sebagai pemenang.

"Hadiah misteri sengaja dirahsiakan kerana ia akan menjadi tarikan pada kejohanan yang bermula pada 27 hingga 30 Okt ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya kejohanan itu akan mengundang peserta dari negara-negara Asean untuk mengambil bahagian di samping pemain tempatan dari negeri-negeri dan kelab di Malaysia.

Beliau berkata Filipina yang menjuarai kejohanan itu tahun lepas merupakan negara pertama telah mengesahkan penyertaan dengan menghantar lima pasukan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain