suria

Vettel Raih Petak Pertama Sesi Kelayakan

Vettel akan memulakan saingan di petak pertama esok selepas mengungguli sesi kelayakan di Litar Albert Park, Melbourne, Sabtu.
Vettel akan memulakan saingan di petak pertama esok selepas mengungguli sesi kelayakan di Litar Albert Park, Melbourne, Sabtu.
Vettel akan memulakan saingan di petak pertama esok selepas mengungguli sesi kelayakan di Litar Albert Park, Melbourne, Sabtu.

PEMANDU Red Bull, Sebastian Vettel meraih petak pertama menjelang perlumbaan pembuka tirai Formula Satu (F1) di Grand Prix Australia di Melbourne, Ahad.

Vettel, 23, melakukan catatan terpantas dalam ketiga-tiga sesi untuk mengetepikan pencabar terdekat, Lewis Hamilton dengan satu minit 23.529 saat.

"Musim masih panjang dan apa saja boleh berlaku. Berada di petak pertama amat bagus dan saya amat gembira tetapi kami perlu mengekalkan momentum," katanya yang gagal menamatkan perlumbaan tahun lalu.

Hamilton yang mengemudi jentera McLaren menamatkan sesi kelayakan dengan catatan 1.24.307 saat manakala rakan sepasukan Vettel, Mark Webber terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Juara dunia dua kali, Fernando Alonso akan memulakan perlumbaan pada Ahad di petak kelima.

"Jika anda melihat kelajuan Vettel, mereka seperti beraksi dalam perlumbaan berbeza. Kami tidak pasti, tahap kelajuan sebenar yang dikehendaki dalam saingan ini," ujarnya.

Meskipun belum berada pada tahap sebenar pada sesi ujian musim sejuk lalu, Hamilton berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera kompetitif untuk beliau dan rakan sepasukannya.

"Saya berasa amat teruja untuk berada di sini hari ini. Kami berjaya menemui semula sentuhan berbisa walaupun banyak perkara perlu dilakukan," kata juara dunia 2008 itu.

Sementara itu, Webber meletakkan sasaran untuk menjadi pelumba Australia pertama muncul juara di gelanggang sendiri dan mengakui kecewa kerana ketinggalan jauh di belakang Vettel.

Artikel Lain