suria

Kami Akan Lakukan Yang Terbaik: Ancelotti

Luiz menjaringkan gol pertama Chelsea pada perlawanan menentang Man City, Ahad.
Luiz menjaringkan gol pertama Chelsea pada perlawanan menentang Man City, Ahad.
Luiz menjaringkan gol pertama Chelsea pada perlawanan menentang Man City, Ahad.

PENGURUS Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui perlawanan menentang Manchester City adalah sukar, namun dia gembira selepas menang 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad.

Pemain pertahanan David Luiz berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-79 selepas kedua pasukan gagal mencari gol, manakala gol kedua dijaringkan oleh Ramires pada minit ke-90.

“Kami inginkan kemenangan namun ia bukan mudah sehingga minit-minit terakhir perlawanan. Permainan pada babak kedua lebih baik kerana Manchester City bermain agak perlawanan.

"Pun begitu kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu melakukan kesilapan seperti mana yang berlaku pada pertemuan sebelum ini.

“Taktikal permainan sangat bagus. Kami bermain 90 minit dengan semangat yang tinggi, jadi saya sangat gembira dengan kemenangan ini. lebih-lebih lagi Luiz dan Ramires telah mempamerkan jaringan yang baik,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu.

Selepas berjaya bangkit dan mara ke kedudukan ketiga liga, Ancelotti sedar masih ada lagi sembilan perlawanan yang perlu ditempuhi dan peluang untuk mempertahankan gelaran juara agak cerah jika pasukannya terus meraih kemenangan.

“Kami masih mempunyai sembilan baki perlawanan dan kami akan cuba sebaik mungkin. Manchester United turut menang pada perlawanan Sabtu, jadi perbezaan mata agak jauh. Apa yang penting kami perlu fokus dan menghadapi perlawanan satu persatu,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut menjelaskan kegagalan penyerang barunya, Fernando Torres yang masih belum menjaringkan gol untuk pasukan.

“Dia masih mencuba dan yang penting dia tidak hilang keyakinan diri. Saya tidak pernah suruh dia menjaringkan gol, saya hanya meminta dia bergerak dengan pantas dan jelasnya dia telah melakukan dengan baik. Dia ada keinginan dan saya percaya dia akan melakukan jaringan tidak lama lagi,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain