suria

Selepas Berjaya Ke Separuh Akhir Piala FA, Terengganu Tumpu Piala Liga

KUALA TERENGGANU: Terengganu yang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA, setelah menewaskan juara 1990 Perak 3-1 di sini malam Sabtu, akan terlebih dulu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Piala Liga yang akan diadakan awal bulan depan.

Jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim berkata, Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan, di Seremban pada 2 April sebelum menentang Pahang 5 April.

"Kita akan lupakan seketika Piala FA kerana perlawanan separuh akhir piala tersebut akan berlangsung pada bulan Mei," katanya di sini, Ahad.

Dalam pertandingan piala itu, Trengganu sebelum ini kalah 2-3 kepada Perak pada suku akhir pertama di Stadium Ipoh. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain