suria

Nani Kembali Perkuat United

Nani sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.
Nani sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.
Nani sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukannya.

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menerima khabar gembira apabila pemain sayap, Nani dilaporkan akan pulih lebih cepat daripada kecederaan kakinya berbanding waktu yang ditetapkan.

Sementara itu, Michael Carrick dan Antonio Valencia hadir tepat pada masanya menjelang pertemuan menentang Marseille di Old Trafford pada kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Nani kembali berlatih bersama skuad utama pada Isnin dan akan beraksi dalam perlawanan itu walaupun Ferguson sebelum ini mengetepikannya selepas menerima terjahan kasar daripada Jamie Carragher, minggu lalu.

"Dia juga berlatih pada Ahad begitu juga Michael Carrick. Jadi kepulangan mereka menyuntik semangat pasukan menjelang pertemuan dengan Marseille. Kedua-duanya akan diturunkan," kata Ferguson.

Begitupun, belum dapat dipastikan sama ada Ferguson menyenaraikan Nani atau Valencia dalam skuad utama selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 di Marseille bulan lalu.

Valencia melakukan penampilan pertama dalam tempoh enam bulan pada Sabtu selepas mengalami keretakan buku lali. Dia mempamerkan persembahan menakjubkan di babak kedua selepas mencatat kemenangan 2-0 pada suku akhir Piala FA.

"Ia satu bonus buat pasukan untuk menyaksikan Valencia beraksi selama 45 minit. Persoalannya kini adalah sama ada kami akan menurunkannya awal pagi nanti atau sekadar diturunkan sebagai pemain gantian. Saya sukar untuk membuat pilihan," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain