suria

Gol Saat Akhir Vera Bantu Bilbao Ikat Getafe

Pemain Getafe, Derek Boateng (kanan) mengawal bola ketika pertemuan dengan Bilbao.
 Pemain Getafe, Derek Boateng (kanan) mengawal bola ketika pertemuan dengan Bilbao.
Pemain Getafe, Derek Boateng (kanan) mengawal bola ketika pertemuan dengan Bilbao.

PENYERANG Athletic Bilbao, Urko Vera menjaringkan gol pertamanya pada masa tambahan dalam saingan La Liga untuk mengikat kedudukan 2-2 dengan Getafe.

Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan di Stadium Coliseum menyaksikan kapten Getafe, Manu del Moral menanduk masuk gol ke gawang sendiri selepas membuka jaringan pertama pada minit ke-58 dan bangkit menutup kesilapannya dengan meledak gol kedua pada minit ke-89.

Begitupun, Vera pantas mengembalikan keyakinan Bilbao dengan menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir.

Pemain berusia 23 tahun itu hanya melakukan tiga penampilan bersama skuad utama selepas diturunkan menentang Sporting Gijon bulan lalu.

Bilbao terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan selepas mengumpul 42 mata daripada 28 perlawanan.

"Kami terpaksa bekerja keras di penghujung perlawanan dan kami berjaya mengikat kedudukan malah sedia untuk beraksi pada saingan seterusnya.

"Urko melorong bola dengan baik sekali dan setiap pemain perlu memberikan sumbangan. Itu yang kami perlukan ketika ini," kata penjaga gol Bilbao, Gorka Iraizoz.

Sementara itu, dalam perlawanan berasingan pada Ahad, pendahulu La Liga Barcelona hanya dibezakan dengan lima mata dengan Real Madrid selepas terikat 1-1 dengan Sevilla

Real pula berjaya menundukkan Hercules 2-0 pada Sabtu.

Berbekalkan baki 10 perlawanan, Barca kini mengutip 75 mata manakala Real, 70 mata dan Valencia, 54 mata untuk mengisi tempat ketiga.

Artikel Sebelum

Artikel Lain