suria

Man City Bertemu United Pada Saingan Suku Akhir Piala FA

PEMAIN pertahanan Manchester City, Micah Richards menjadi penyelamat apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan menentang Reading pada saingan kalah mati Piala FA Inggeris yang berlangsung awal pagi Isnin.

Jaringan pada minit ke-74 ini sekali gus membawa pasukan kendalian Roberto Mancini ini bakal bertemu Manchester United pada aksi suku akhir Ahad ini.

United mara mara selepas menewaskan Arsenal 2-0 sebelum ini, manakala satu lagi perlawanan suku akhir bakal menyaksikan Stoke City akan bertemu Bolton Wanderers.

Mancini berkata, peluang layak ke saingan suku akhir begitu bermakna dan dia mengharapkan sekurang-kurangnya mampu meraih seri pada pertemuan dengan United nanti.

“Ia bakal menjadi satu perlawanan yang menarik. Kamu tahu apa maknanya. Sebelum ini kami begitu hampir dengan semua pasukan teratas tetapi kami perlu lebih baik dan mungkin selepas ini kami akan menjadi setaraf dengan mereka.

“Namun apa yang lebih penting ialah kami telah bermain baik di Old Trafford dan mempunyai peluang untuk menang seperti mereka,” katanya.

Sebagai rekod, United telah mengalahkan Man City 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Februari lalu.

Artikel Lain