suria

Petanque Minta Tambahan Dua Acara Pada Sukan Sea Indonesia

KUALA LUMPUR: Persekutuan Petanque Malaysia masih menunggu jawapan daripada penganjur Sukan SEA Indonesia untuk menambah dua lagi acara dalam sukan tersebut, menjadikan keseluruhan 10 acara pada temasya dwitahunan itu, November ini.

Setiausahanya Shaari Shamsudin berkata ketika ini pihak penganjur hanya menawarkan acara perseorangan, berpasangan dan 'shooting' bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

"Kami berharap penganjur mempertimbangkan untuk tambahan acara 'triple' dan pasangan campuran dalam kategori lelaki dan wanita," katanya pada Khamis.

Shaari berkata mereka mensasarkan satu emas dari temasya di Indonesia selepas hanya meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada Sukan SEA 2009 di Laos.

Katanya pemilihan pemain bagi pasukan negara bagi menghadapi Sukan SEA 2011 akan dimuktamadkan bulan lepas.

"Kami memang mengharapkan kilauan pingat emas dalam acara ini dan jika skuad petanque dapat ke peringkat akhir Adalah satu bonus bagi kami," katanya.

Indonesia menjadi tuan rumah untuk Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 25 Nov ini.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain