suria

Padang Stadium SMZA Dijadikan Lokasi Latihan Pasukan Terengganu

KUALA TERENGGANU: Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA) di Gong Badak mungkin digunakan untuk latihan bola sepak sementara kerja membaik pulih struktur bumbungnya yang runtuh siap sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata sekarang ini pasukan negeri terpaksa berlatih di beberapa padang bola sepak di merata tempat.

Katanya beliau telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah dan juga Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menggunakan padang itu.

Runtuhan yang berlaku pada 9.30 pagi 2 Jun 2009 melibatkan bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu.

Rozi berkata padang itu kini telah siap dibersihkan daripada sisa runtuhan bumbung itu.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain